“Saya Bkan nak jadi aIim bukan juga nak tunggang agama” Boy Iman mohon beri peluang

“DULU, kini dan sela­ma­nya kaki propa!” demikian tergamaknya kata-kata yang dilemparkan oleh warga netizen apabila Boy Iman muncul mendedahkan perubahan dirinya yang baru sahaja menyertai jemaah tabligh sekitar dua minggu lepas.

Asal niat perkong­siannya memang murni, iaitu untuk menceritakan pengalamannya semasa bersama jemaah. Apatah lagi, ia merupakan kali pertama Boy terbuka hati dan berpeluang untuk mendalami agama bersama teman-teman lain.

Namun, nampaknya, di sebalik perkongsian yang baik, Boy tetap menerima kcaman dengan ada antaranya menganggap dia mungkin sama seperti mana-mana individu lain yang dilabel sebagai penunggang agama.

Menghubungi Boy baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan dan luahannya berhubung isu itu.

Bagaimana boleh Boy tiba-tiba terbuka hati nak sertai jemaah tabligh? Setelah lama tak dengar khabar berita, alih-alih muncul berubah dan berserban pula sekarang. Apa cerita?

Enam tahun lepas, masa saya dilanda musibah, jemaah tabligh diketuai oleh Maulana Wan Helmi dan Dr. Sam ada datang ke pejabat saya dan ajak sertai mereka untuk ke Yala. Masa itu, hati memang rasa nak pergi, tapi macam-macam halangan berlaku.

Saya tengok dan tahu ada kawan-kawan artis lain macam Saharul Ridzwan, Nabil Ahmad dan Anuar Zain ada pergi juga. Selepas bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT mudahkan urusan saya untuk sertai jemaah di Jerantut, Pahang dua minggu lalu. Alhamdulillah, dapat juga saya pergi.

Maknanya, Boy pun mengaku memang asalnya dugaan itu memang ada dalam usaha nak pergi buat benda baik begini?

Betul. Entah mengapa, seakan ada halangan dan dugaan pada awalnya. Hati memang rasa hendak pergi, tapi dia punya ujian itu, hanya Dia yang tahu. Dugaan pertama, masa hendak pergi, kipas kereta tak jalan, suhu kereta naik dan terpaksa saya sewa sebuah kereta lain pula. Kedua, dua jam lagi nak gerak, telefon saya pula jatuh dan pecah sampai skrin padam, tak boleh guna. Semua maklumat ada dalam itu.

Masa itu jiwa sudah kacau. Rasa mahu putus asa dan tak hendak pergi pun ada. Alang-alang masih dekat dengan Puchong, boleh sahaja saya balik. Tapi saya cuba pujuk hati. Dah bergerak, waze pula beri laluan yang bukan-bukan. Jauh betul perjalanan itu dirasakan.

Memang mencabarlah. Bergaduh juga saya dengan dua sahabat dalam kereta sepanjang jalan nak pergi. Tapi Alhamdulillah, sampai juga kami. Mungkin Allah SWT itu nak tengok sejauh mana kami bersabar dan masih ada iman. Dia nak lihat sama ada kami ini betul-betul nak ilmu atau bagaimana.

Selama berada di sana, apa yang Boy raih?

Di sana, tak ada pun yang bercerita pasal duniawi, baik bisnes atau apa. Semua cerita pasal kebesaran Allah SWT, tentang iman dan akhirat. Hari pertama saya sampai, rasa teruja. Iyalah, tak pernah pergi. Jadi, mood itu pun rasa nak buat amal ibadah saja.
Saya rasa seronok bila dapat berjemaah bersama, solat subuh bersama, sesuatu yang dah lama tiada kesempatan itu. Di sana, mereka tak kisah pun ada latar belakang kita. Baik dulu, kita seorang gangsterkah, rambut warna kuningkah, tak kisah. Kalau tak pandai, mereka ajar, kalau salah pun mereka akan tunjuk cara betul. Seronok.

Perubahan yang baik, namun netizen tetap mengata dan melabel Boy kaki ‘propa’. Malah ada menuduh Boy hendak tunggang agama pula. Macam mana Boy jawab hal ini?

Saya tahu. Malah ada yang komen di Facebook pun bila tengok saya pakai jubah. Jabatan netizen ini, memang tak akan pandang apa yang kita buat, walaupun baik. Mereka suka jatuh hukum. Kata saya berlakonlah, main wayanglah, tunggang agamalah. Buat apa saya nak berlakon? Baik saya duduk rumah, tidur lagi syok.

Buat apa nak luangkan masa untuk buat benda yang kita tak suka? Jangan kata tiga hari, kalau kena paksa sekali pun pergi, mungkin dua jam duduk situ lepas itu saya cabut. Tapi tidak. Saya adalah orang terakhir yang balik hari itu sampai budak-budak tahfiz di situ tanya. Saya rasa sayang nak balik awal. Tiga hari, 72 jam itu rasa sangat singkat. Hati melekat di situ. Memang satu perasaan yang indah.

Tersinggung tak bila Boy dituduh begitu?

Kena faham satu benda. Memang kita ini susah hendak puaskan hati orang. Kadangkala orang tak faham niat kita. Orang nampak saya ini macam tunggang agama. Kalau betullah, sudah lama saya buat, enam tahun lepas mungkin saya dah buat masa mula-mula dipelawa sertai jemaah itu.

Ini bukan pasal tunggang agama. Ini pasal hati sudah sedia dan terbuka selain Allah SWT pilih. Kalau dijemput pun, kita tak ada hati, ia takkan terjadi. Malaslah nak cerita pasal netizen ini. Saya berkongsi pengalaman ini sebab mahu ajak orang ke arah kebaikan selain nak bersihkan nama. Tapi paling utamanya nak kongsi perasaan manisnya keluar tiga hari ini.

Adakah Boy akan lebih banyak muhasabah diri dan cuba memperbaiki diri ke arah lebih baik lagi? Maklumlah, sudah keluar tiga hari bukan?

Saya nak jelaskan, bukanlah saya ini nak jadi alim, bukan juga tunggang agama. Tapi nak betulkanlah juga diri ini. Contoh, kalau tak pandai mengaji, tak akanlah sampai bila-bila kita tak nak belajar mengaji?

Bagi saya, dalam dunia ini tak ada apa-apa. Kita bersyukurlah dengan kehidupan yang Tuhan sudah beri. Pernah tak terfikir, kalau mati kita ini pergi mana? Itu yang bermain di fikiran saya. Bila usia telah mencecah 42 tahun ini pun saya rasa betullah apa yang orang kata, dunia ini bukan tempat tinggal, tapi tempat meninggal. Saya pilih untuk rawat hati dan diri. Cas balik iman.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*