“belum ada rezeki ank lagi tp…” Pernah Dulu Dlkecam Netlzen, lnstafam0us Sebakk Dapat Beraya Dengan Kereta Baru

Sepanjang bergelar personaliti media sosial, Beby Tora atau nama penuhnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli sering dikenali sebagai Instafamous yang gemar membuat ulasan makanan.

Walaupun mempunyai lebih 600 ribu pengikut, tetapi wanita ini juga tidak pernah terlepas daripada kecaman netizen terutamanya berkisar fizikal tubuh dan juga soal zuriat. Daripada naik bas ke sana sini, tukar kepada motor & kereta kecil…sekarang kereta MPV mewah.

Menerusi perkongsian terbaru, Beby Tora meluahkan rasa syukur kerana membeli sebuah kereta MPV baru. Semasa hidupnya susah dahulu, dia hanya mampu menaiki bas untuk pergi ke mana-mana lokasi.

Hasil duit yang diperoleh sendiri, Atierah perlahan-lahan ‘upgrade’ daripada motor dan juga kereta kecil sebelum berjaya memiliki kenderaan tersebut. Selain ahli keluarga tercinta, Instafamous berkenaan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokongnya selama ini.

Mengalir air mata bahagia dapat kereta idaman…berangan tu tak salah korang. Malah disebabkan terlalu teruja, Beby Tora turut dilihat mengalirkan air mata bahagia kerana tahun ini dapat beraya dengan kereta idamannya.

Di kesempatan itu dia juga berpesan yang berangan itu tidak salah, asalkan disusuli dengan kerja keras serta doa untuk merealisasikan impian masing-masing. Belum rezeki anak, tapi Allah bagi rezeki dari sudut lain…yang mengutuk to langsung tak dapat apa-apa.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora)

Meninjau ke ruangan komen, rakan influencer serta rata-rata pengikut tumpang gembira melihat kejayaan diperolehi Beby Tora yang turut dikongsi bersama ahli keluarganya. Meskipun ditimpa bermacam-macam ujian dan tohmahan, namun mereka terinspirasi dengan rezeki yang tak putus-putus diperolehi olehnya.

“Life style nampak biasa saja tapi duit kepuk kepuk .sy sukaaaaa”

“betoi berangan tu tak salah”

Sumber : viralnewsupdates

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*