Gara2 Llve semasa 0perasi ASP Wanita dipindahkan ke UiTM Johor

Pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superitendan (ASP) yang melakukan live di TlkTok semasa membuat serbuan di kelab malam akan ditukar ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Menerusi laporan dari Kosmo!, hal tersebut tular di aplikasi WhatsApp pada petang semalam dan disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Akan ditukar ke Suksis UiTM
ASP wanita itu yang sebelum ini bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) (INDUK).

“Betul, dia ditukarkan ke IPK Johor dan perlu melaporkan diri pada hujung bulan Mei depan,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan seorang pegawai polis berpangkat yang melakukan live di aplikasi TlkTok semasa melakukan serbuan di kelab malam.

Video yang berdurasi 38 saat itu mengundang kecaman netizen sehingga mendapat perhatian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Susulan daripada itu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai berkenaan tanpa memilih bulu dan pangkat.

Sumber : Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*