Sekian Lama simpan rahsla, akhlrnya Halim Othman buat pengakuan semasa Llve Melet0p

SELEPAS pendedahan mempunyai cahaya mata, pengacara Halim Othman berniat untuk membawa anak tunggalnya iaitu Myra Natasya balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu. Halim, 56, berkata, dia ingin memperkenalkan Myra yang juga seorang pengacara dan pelakon kepada kawan-kawannya selepas 27 tahun menyimpan rahsia itu.

“Saya punya niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public (hubungan anak-beranak), saya nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang nak jumpa dia.

“Tapi raya pertama saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, lepas itu mungkin bawa lari,” ujarnya. Halim berkata demikian dalam satu temu bual menerusi program Me/eTop pada malam Selasa.

Halim anggap Myra seperti hadiah misteri buatnya. Sementara itu, ketika ditanya pengacara Uyaina Arshad mengapa baru sekarang mendedahkan rahsla itu, Halim berkata, apa yang berlaku mungkin sudah tertulis.

“Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai. Bagi saya semuanya dah tertulis. “Masa saya sedang mengacarakan Roda Impian tahun 1996, Myra ketika itu baru umur setahun dan saya selalu terfikir nak bawa dia datang ke sini (studio 1), tak sangka akhirnya selepas 26 tahun dia jejakan kaki di sini,” ujarnya.

Untuk rekod, Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand.

Menerusi temubual bersama mStar pada 15 April lalu, Myra bersyukur bapanya bersetuju untuk mendedahkan hubungan sebenar mereka selepas 27 tahun menyimpan rahsla.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*