“saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain” Tvlar Gmbar bersama penganti baru, Ellie Suriaty Buka cerita sebanar

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty tidak terkejut mengenai perkhabaran bekas suaminya Azri Iskandar yang akan berkahwin lagi dalam masa terdekat walaupun mereka baru berceral pada 17 Mei lalu.

Menurut laporan Getaran, pelakon berusia 52 tahun itu berkata, dia sudah menjangka tentang perkara itu sebelum mengambil keputusan untuk berpisah kerana melihat perubahan terhadap bekas suaminya.

Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini. Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Waktu saya faiIkan ceral, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

“Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumahtangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya menerusi laporan tersebut.

Bagaimanapun, pelakon drama Diva Popular itu tidak mahu mengambil kisah mengenai gerangan wanita dikenali sebagai Azra Diera itu sebaliknya ingin fokus terhadap anak-anak serta kerjaya seni

Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya. Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT.

“Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya. Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara.

“Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua. Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” ujarnya.

Sumber : OMM

Azri Iskandar akui nak merisik wanita ada PhD hujung bulan Jun

Bulan lalu, industri seni dikejutkan dengan khabar penceraian pasangan selebriti terkenal Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar yang dikatakan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Azri nak kahwin dalam masa terdekat
Walau bagaimanapun, belum sebulan mereka bercerai, Azri mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Memetik laporan Malaysiakini, pelakon itu memaklumkan wanita itu merupakan seorang penulis skrip yang memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Keluarga cadang hantar rombongan merisik bulan Jun ini
Menurut pelakon berusia 54 tahun itu, dia sekeluarga telah bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang wanita yang berjaya mencurl hatinya, Azra Diera sebelum 23 Jun ini.

Tambahnya lagi, Azra atau mesra disapa Ara yang berusia 43 tahun itu masih belum berkahwin.

Hanya akad nikah sahaja dulu…
Pada masa yang sama, Azri memberitahu mereka hanya akan bernikah terlebih dahulu dan majlis persandingan terpksa ditangguhkan buat sementara waktu.

“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu.

Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya kepada Malaysiakini.

Azri akui masa agak terhad
Ini berikutan jadual kerjanya amat padat pada ketika ini, di mana dia sedang menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

“Sekarang, saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

“Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan.”katanya lagi.

Di samping itu, Azri meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua mendirikan masjid dalam masa terdekat ini. Ditanya mengenai tarikh, pelakon filem itu mengatakan dia akan mengumumkan kemudian.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*