Lain Macam Keluarga Abby Abadi & Memey Suhaiza Bercuti Siap Sewa Bas Pergi Bercuti

Keakraban Abby Abadi dan Memey Suhaiza sering dicemburui orang ramai, jalinan antara dua buah keluarga besar ini sangat erat. Malah untuk mengikat tali ukhuwah dan menjaga silaturahim, kedua-dua wanita hebat ini sering melakukan aktiviti keluarga bersama.

Sewa Bas Pergi Bercuti. Mengintip Instagram milik Abby dan Memey baru-baru ini, keluarga kedua-dua usahawan dan selebriti ini meluangkan masa pergi bercuti di Kuala Terengganu bersama. Menariknya perjalanan mereka kali ini lebih istimewa dengan menaiki bas.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

Melihat muat naik Abby dan Memey, mereka berdua meluahkan rasa berpuas hati menaiki bas bernama Suasana Edaran dengan dalaman bas yang luas dan selesa.

“Cuti-cuti keluarga besar kami. Alhamdulillah plan mama @abbyabadi_official dan mummy nak bagi anak pengalaman baru bercuti kali ni.. Naik bas untuk seisi keluarga kami. Punyalah seronok.. Bas selesa sangat alhamdulillah” Coret Memey.

“Hatini kami nak berangkat.. Naik bas! Bawa anak-anak pergi bercuti yey!! Alhamdulillah syukur ALLAH permudahkan. Book bas Suasana Edaran untuk bawa kami ke Kuala Terengganu harini.” Kongsi Abby

Seronok melihat hubungan erat dan mesra dua keluarga besar Norman Hakim dan Abby Abadi. Malah, keakraban Abby dan isteri Norman, Memey Suhaiza sering dicembvrui ramai.

Terbaru, netizen seronok melihat dua keluarga ini bercuti ke Terengganu. Meriah sungguh sampai satu bas disewanya hanya untuk berjalan-jalan bersama keluarga.

Netizen Banjiri Ruang Komen

Melihat banyak rakaman video pendek momen percutian keluarga besar yang dikongsikan di media sosial Abby dan Memey, ramai warganet yang meluahkan rasa terkejut dan juga seronok kerana keluarga besar selebriti ini memilih untuk menyewa bas demi membawa anak bercuti.

“Best nya.. Chartered satu bas ke?”

“MashaaAllah best nya.. Selesa untuk anak-anak yang kecil”
“Wah naik bas pula”
“Idea yang bagus macam ni untuk keluarga ramai” komen netizen

“Puas sewa bas sebiji semua boleh ikut”
“Perghh terbaiklah, book bas senang tak penat memandu”
“Tu dia.. Sewa bas terus”
“Best nya sewa bas satu keluarga” komen mereka

Melihat Instagram Abby, Memey dan Norman, kesemua mereka berpuas hati dapat bercuti bersama keluarga dengan menyewa bas Suasana Edaran yang luas dan selesa.

Dalam pada terkejut melihat mereka sanggup menyewa sebuah bas bagi percutian kali ini, warganet seronok melihat kemeriahan ditunjukkan keluarga besar itu.

Lain macam percutian dua keluarga ini sampai sewa bas terus, Tapi melihat perkongsian mereka di IG, memang nampak puas hati pun, kan.

Sumber : murai & b.cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*