“Bkan playboy, Hanya cinta Dr Azra Diera” Azri Iskandar iawab tudvhan wanita nama “F”

Belum reda mengenai laporan bakal berkahwin dengan penulis skrip Dr Azra Diera, nama aktor Azri Iskandar sekali lagi ‘panas’ apabila muncul seorang wanita mendkwa dipermainkan lelaki tersebut.

Menurut pendedahan mStar Online, wanita dikenali sebagai F itu berkata, mereka sudah mengenali sejak lima tahun lalu dan kembali berhubung dua hari selepas Azri berceral dengan aktres Elly Suriaty.

Malah, dia turut mendakwa Azri pernah menyatakan hasrat untuk membawanya pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga bagi membincangkan soal pernikahan.

“Saya dah kenal dia dalam lima tahun, dah lama lost contact. Tapi apabila dapat tahu dia cerai saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa cerai selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik.

“Dia ajak jumpa selepas dua hari cerai tu. Tapi saya tak nak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka,” katanya.

F berkata, dia agak terkejut dengan hasrat aktor berusia 54 tahun itu yang disifatkan terlalu awal apatah lagi baru berceral dengan bekas isteri.

“Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah.

“Saya pun tak habis fikir lagi. Tapi saya kata benda ni baru lagi kenapa nak nikah.

“Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia… semua baik,” ujarnya.

Namun begitu, dia ada membaca berita berhubung Azri yang akan berkahwin masa dalam terdekat dengan wanita lain (Azra) membuatkan dirinya rasa dipermainkan.

“Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.

“Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia,” kongsinya.

Terdahulu, Azri mengesahkan bakal menghantar rombongan untuk merisik Azra atau mesra dipanggil Ara pada 23 Jun ini selepas bercerai dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

penjelasan azri sendiri.

Sumber : Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*