Terpksa berhentlkan pekerja dan kedai ditutup, Syahmi Sazli beri hadiah dihari terakhlr berniaga buat ramai terharu

Diberhentikan tanpa notis, pengarah filem dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli memberikan bonus sebanyak RM1,000 kepada setiap pekerja di hari terakhir perniagaan air balang miliknya.

Menerusi muat naik video di laman Facebook, YouTuber berusia 27 tahun itu mengakui kasihan dengan nasib pekerjanya selepas mengambil keputusan mengejut bagi memberhentikan jualan buat sementara waktu.

Syahmi berkata, dia menjalankan perniagaan air balang itu sejak dua bulan lalu dan kini terpaksa ‘berehat’ atas beberapa faktor antaranya bimbang jika terambil hak tempat parkir orang lain.

“Untuk hari terakhir, kita dapat sebanyak RM19,000 jualan. Malangnya kita takde rezeki untuk teruskan jualan ini selepas dua bulan.

“Setakat ini dulu selepas beberapa isu dan faktor, kita berhenti dulu. Tapi kasihan lah dekat pekerja ni sebab berhenti mengejut, biasanya ada notis.

“Biasanya seminggu korang (pekerja) dapat RM200-RM300 kan seramai 15 orang ni. Kita bagi RM1,000 seorang, ada lah duit untuk perbelanjaan,” katanya.

Video berdurasi hampir tiga minit berkenaan memaparkan sekumpulan pekerja bersorak gembira selain menangls terharu selepas pengarah filem Mael Totey itu mengumumkan pemberian bonus tersebut.

Sejak bulan Ramadan lalu, perniagaan air balang di hadapan pejabatnya di Kubang Kerian, Kelantan diserbu orang ramai sehingga sanggup beratur panjang untuk membeli.

Bagaimanapun, Syahmi mengumumkan perkara itu semalam sekali gus menerima pujian ramai kerana mengambil kira faktor hak milik orang lain tanpa kepentingan diri sendiri.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*