“Jelas dia dahagakan kasih sayang dan tempat bermanja

Baru-baru ini, pengacara tv dan juga pelakon, Irma Hasmie telah berkongsi pengalamannya ketika menyertai rombongan Misi Bantuan Sejuk di Turkey, Istanbul baru-baru ini.

Misi Kemanusiaan “Sisterhood Winter Appeal” bersama Islamic Relief Malaysia disertai oleh Irma sendiri yang telah berangkat ke Turkey pada 18 Januari yang lalu.

Sehubungan dengan itu, melalui laman instagramnya, Irma ada memuat naik satu gambar beserta kapsyen, dimana melalui posting yang dimuat naik itu, menyentuh perasaan pengikut-pengikut instagramnya.

Jelasnya lagi, sewaktu lawatan dibuat ke Rumah Anak-Anak Yatim Der AlSalam, seorang kanak-kanak lelaki sering kali mengikutinya kemana saja dia pergi.

Apa yang lebih menyedihkan ialah bila Irma dan rombongannya meminta diri, tatkala itu,terpancar kesedihan diwajah kanak-kanak lelaki itu.

“Dia ikut sahaja sy kemana sy pergi sepanjang masa lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam ini.

“Naik turun bangunan, minta di dukung, makan bersuap..”

“Masa nak balik tu lah paling sedih…dia tenung aje kita masa bgtau dia kita nak balik dah..mulut ‘jebek’ mata berair.”

“Jelas dia dahagakan kasih sayang dan tempat bermanja..itulah sy kata ‘kalau lah aku boleh bawa dia pulang..”

Menurut Irma, rumah anak yatim ini menghadapi kesukaran, malahan bekalan makanan juga habis.

“Rumah tempat tinggal mereka ini menghadapi kesukaran dana, masa lawat dapur mereka yg ada kebanyakkan nya minyak, beras dan pasta tpi lauk macam ayam dan daging peti ais nya kosong…? “

“Adakah makan nasi kosong, pasta gaul minyak sahaja…”

“Kemudian bil elektrik mencecah ₺8,444.70Lira hampir 6 bulan tidak berbayar, kalau kena potong maka alat pemanas tak bole diguna.”

“Mereka akan kesejukan terutamanya malam hari.”

Sejurus melihat kepada kesukaran yang dihadapi, Irma serta teamnya membuat keputusan untuk melangsaikan segalanya dengan mengurus dan membayar bil-bil mereka.

“Maka team kami pun buat keputusan menguruskan nya dan membayar bil mereka.”

“Itulah hasil sumbangan anda, terima kasih pada yg membantu kami.”

Melalui ruangan komen di posting ini, pengikut-pengikut instagramnya turut merasa sedih dengan keadaan yang berlaku.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Irma Hasmie memberitahu ‘kehilangannya’ daripada radar dunia lakonan bukan disebabkan tidak mendapat keizinan daripada suami, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan.

Sebaliknya kata ibu kepada dua cahaya mata ini, Redza sentiasa memberi sokongan sekiranya dia ingin kembali berlakon namun merasakan sekarang bukan masa sesuai untuk berbuat demikian.

“Sejak dari awal lagi suami tidak pernah halang pun malah dia sokong tetapi sejak berkahwin dan ada anak-anak tumpuan saya lebih kepada mereka.

“Tambahan pula waktu berada di lokasi adakalanya tidak menentu dan saya bimbang tak dapat berikan komitmen selain bimbang keluarga pula terabai.

“Insya-Allah suatu hari nanti jika tiba masanya saya pasti akan kembali berlakon,” katanya.

Irma bahagia disamping suami dan anak-anak. Foto Instagram @irmahasmie

Dalam pada itu, Irma berkata, kali terakhir dia berlakon sekitar empat tahun lalu dan dia turut mengakui berasa rindu untuk kembali merasai keseronokan berada di set penggambaran.

Malah kata Irma, sehingga hari ini dia masih menerima undangan berlakon namun terpaksa menolak dengan baik kerana ada di antaranya memerlukan dia berada di luar Kuala Lumpur.

“Baru-baru ini Abang Rashid Sibir ada telefon tawarkan saya satu watak drama arahannya… Memang teruja juga dengan peranan itu tetapi jadual yang padat dan fikir anak-anak saya terpaksa tolak.

“Sekarang pula saya tiada pembantu untuk tolong uruskan anak-anak dan buat semuanya sendiri dengan bantuan suami,” ujarnya.

Pun begitu kata Irma, dia masih lagi setia mengendalikan program bual bicara Assalamualaikum di TV Al Hijrah yang memasuki tahun kelapan.

“Alhamdulillah masih bersama Assalamualaikum… Macam tak percaya pula sudah lapan tahun saya kendalikan program itu.

“Jadual pun kebiasaannya akan keluar lebih awal jadi saya boleh rancang rutin harian dan tidak menggangu waktu bersama keluarga,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*