“Beruntung ada Mertua yg baik” Sheila Rusly Siapkan Lauk Berp4ntang buat Elisya Dipuji Ramai

Umum mengetahui pada minggu lalu, pengarah terkenal Sheila Rusly dan suami telah menerima kelahiran cucu sulungnya. Kelahiran cucu perempuan dengan penuh rasa syukur dan gembira. Kehadiran sang ‘bunga’ dalam rumahnya lebih menambahkan lagi kegembiraan dalam hidup mereka.

Meninjau ke laman Instagarm miliknya, satu video terbaru di mana dia telah menyediakan makanan berp4ntang buat menantunya, Elisya yang kini sudah hari ke-6 berpantang. Sheila adalah seorang yang minat dan ligat ketika di dapur.

Air tangannya pasti membuatkan Elisya lebih berselera makan ketika berpantang. Sedapnya bila tengok lauk yang disediakan iaitu ikan selar bakar dan air asam tanpa belacan.

Di ruangan komen, ramai memuji cara Sheila melayani menantu dengan baik serta Elisya kelihatan sangat gembira dengan hidangan tersebut. Kalau begini la hidangannya, kita yang tidak berpant4ng pon turut terliur.

Elisya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih buat ibu mertuanya kerana sudi melayani hari berpantang dengan menyediakan lauk yang sedap.

 

Dikelilingi dengan keluarga dari ‘orang-orang industri seni’, pelakon cantik, Elisya Sandha sememangnya menjadi tumpuan media lebih-lebih lagi setelah mengumumkan kehamilan anak sulungnya.

Menantu kepada pasangan pengarah terkenal, Sheila Rusly dan Azman Yahya (Jinggo) ini dilihat bahagia bersama suami tersayang, Uzair Haqimy.

Bakal timang anak perempuan. Semalam, adik kepada aktres terkenal Fasha Sandha itu telah membuat majlis ‘gender reveal’ untuk mengumumkan jantina anak sulungnya sama ada lelaki atau perempuan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TlkTok @krkiffy dia telah memuat naik suasana ketika majlis tersebut berlangsung.

Sakan melompat gembira. Pengumuman tersebut pastinya telah menggembirakan ramai pihak terutamanya ahli keluarga kerana Elisya dan Uzair bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Namun reaksi yang ditunjukan Elisya telah mengundang rasa bimbang warganet kerana dia yang sedan sarat sempat melompat sewaktu mengetahui jantina anak yang dikandung.

Risau pula tengok melompat gitu
Menjengah keruangan komen, kebanyakan mereka menasihati agar pelakon berkenaan tidak terlalu lasak kerana bimbang akan kandungannya yang sudah semakin sarat.

Mereka juga gerun apabila Elisya dengan spontan melompat-lompat setelah belon dipecahkan dan mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Gembira sangat pun janganla lompat

Kita pula yang pegang perut

Seronok nenek dia dapat cucu
Dalam pada itu, ada juga yang sempat memuji penampilan Sheila Rusly yang juga ibu kepada Uzair Haqimy yang terlihat muda dengan busana ringkas.

Mereka juga menjangkakan cucu sulung yang akan dilahirkan itu menjadi cucu kesayangan mereka kerana dua anak mereka adalah lelaki dan ahli keluarga baru ini pula perempuan.

Mesti baby dilayan macam puteri

“Tahniah Kak Shiela Rusly Bakal jadi nenek..” Elisya Sandha umum hamil, Reaksl Shiela Rusly buat ramai terharu

Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha perhatian ramai selepas berkongsi video dengan kapsyen ‘mengidam’ makanan. Dalam video itu, pemilik nama Nur Elisya Mohd. Faisal dilihat memegang perutnya yang makin membesar.

Ruangan hantaran tersebut mula dipenuhi dengan komen ‘baby bump’ biarpun empunya badan belum membuat sebarang pengesahan.

Kini segala persoalan tersebut telah terjawab apabila Elisya Sandha membuat pengumuman bahawa dirinya kini sedang hamil. Berita gembira ini dikongsikan menerusi laman instagram rasmi miliknya.

“Bismillahirahmanhirahim. Aku bersyukur atas rezeki yang Kau kurniakan kepada aku. This video means a lot to me, wonderful moments that i cannot get elsewhere.

“To whoever yang scroll and tengah baca my caption ni, can you please spare some time and doakan anak sulung saya ni. Saya juga mendoakan semua wanita dapat experience benda yang sama , Alhamdulillah salam jumaat,” kata Elisya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 38.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Elisya Sandha dan suami.

Pelakon jelita Elisya Sandha mencurl tumpuan warganet selepas kelihatan semakin jelas ‘baby bump’ ketika melakukan satu reviu produk di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu mengenakan dress berwarna hitam sambil menunjukkan cara bagi menggunakan produk berkenaan kepada pengikutnya.

Apatah lagi tampil dengan solekan penuh di wajah, pelakon drama Ratu Ten Pin itu kelihatan semakin menyerlah walaupun sedang berbadan dua.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan dimiliki menantu kepada pelakon serta penerbit terkenal Sheila Rusly itu yang dikatakan semakin berseri menjelang kelahiran zuriat pertama.

Sumber : lG elisyasandhaofficial

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.