“Bila nak sam4n belah ‘sana’ dengar u tk ada buktl” Netlzen, Skali Jawapan PutrinSarah Buat Ramai Terkedu

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab soalan peminat mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadap Ira Kaza yang menjadi punca rumah tangganya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof yang sedang dilanda badai sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram.

Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah Puteri Sarah menangguhkan proses sam4n terhadap Ira Kaza disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup.

“Bila nak saman pihak belah sana, dengar cerita u tangguh-tangguhkan sebab u takde bukti betul ke sis.”-Soal peminat
Jangan Dengar Cerita Yang Tidak Sahih
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kemudian menitipkan pesanan agar tidak mendengar berita yang tidak sahih dan mengakui proses mengambil peguam sememangnya memerlukan masa.

“Jangan dengar cerita yang tak sahih. Yang cerita tu lawyer atau makcik bawang. Bila kita pakai lawyer memang ambil masa bukan harini call lawyer esok masuk court.” Jelas Puteri Sarah.
Tidak Akan Saman Jika Tiada Bukti Yang Cukup.
Tambahnya lagi, dia turut menjelaskan bahawa jika dia tidak mempunyai bukti, untuk apa dia sibuk mahu menyaman wanita yang telah mengganggu rumah tangganya itu.

 

“If takde bukti buat apa lah i sibuk nak saman.” kata Puteri Sarah. Sekadar info, nama Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian selepas mendedahkan identiti wanita yang telah menjadi ‘penghancur’ sehingga menyebabkan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof bergolak.

Selain itu, Puteri Sarah mendedahkan bahawa wanita itu telah menganggu kesihatan mentalnya sejak 2019 dan menyebabkan dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Sumber : murai

SUSULAN timbulnya spekulasi SyamsuI Yusof bakal berkahwin dengan wanita bernama lra Kazar dalam waktu terdekat, ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Fatimah Ismail memohon agar semua pihak tidak terus memperkatakan perkara itu kerana is masih lagi samar.

Menurut Fatimah berita yang tersebar itu masih belum sahih dan anaknya mengambil langkah berdiam bagi mengelakkan keadaan menjadi Iebih burvk. “Spekulasi belum sahih, jangan diwar-warkan.

Fatimah (tengah) bersama Yusof (kiri), Sarah dan dua cucunya. Gambar ini dirakam ketika produser itu dan isterinya menghantar Sarah di KLlA untuk mengerjakan umrah, Ramadan lalu.
“Syamsul diam kerana tidak mahu memburukkan keadaan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fatimah juga memberi peringatan kepada keluarga Ira agar menghentikan sebarang tindakan berbentuk ugutan melalui video untuk memastikan rumah tangga Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah Liyana tidak terus terganggu.

Ini kerana kata Fatimah, pasangan suami isteri itu masih sayang menyayangi.
“Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” jelasnya.

Spekulasi perkahwinan Syamsul dan Ira mula timbul apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjum bakal bapa mentuanya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan hasrat berkenaan.

Ira Kazar dikatakan sudah lama berkawan dengan Syamsul. Sementara itu dalam satu kenyataan kepada mStar pada Rabu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam berharap agar khabar angin yang bertiup itu tidak menjadi kenyataan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah yang kini berusia dua tahun. Buat pasangan suami isteri ini, kita doakan semoga perjalanan rumah tangga mereka dipermudahkan dan keluarga Datuk Yusof Haslam beroleh kehidupan bahagia seperti dahulu.

Sumber : Mstar

Khabar angin mengenai pengarah terkenal Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi satu dalam masa terdekat dengan seorang wanita yang sudah dikenali sejak empat tahun lalu menjadi topik hangat dan mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun desas-desus mengenai perkara berikut masih belum di dapatkan kepastian yang sebenar daripada tuan empunya badan ataupun keluarga terdekat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pihak mStar telah menemubual bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah hebat di Malaysia. Menjawab persoalan mengenai khabar angin, jelas beliau berasa terkejut dan enggan perkara itu menjadi kenyataan.

Sebelum ini, terdapat satu blog hiburan membuat satu dakwaan berkata Syamsul bakal berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak kepada pelakon veteran iaitu Kazar.

Walaupun tidak meletak nama wanita yang bakal dikahwini, ramai sudah mengesyaki bahawa gerangan wanita itu adalah Ira Kazar.

Dalam pada masa yang sama, bapa kepada pengarah itu juga tidak mahu berkata lebih banyak kerana kasihan kepada menantunya, Puteri Sarah serta perasaan mereka sekeluarga.

Sekadar info, k0nflik rumah tangga di antara dua pelakon itu mula terjejas apabila Sarah mendedahkan ada orang ketiga yang mengganggu hubungan mereka dan ia merujuk kepada Ira Kazar.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.