Elak kejadian berulang buah kelapa jatuh atas kepala penunggang motorsikal , Tlndakan MBPP dipuji

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menebang 11 pokok kelapa yang berlsiko kepada pengguna jalan raya di sekitar Jalan Teluk Kumbar di sini pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, tindakan itu dijalankan berikutan inslden seorang pembonceng motosikal yang cdera akibat ditimpa buah kelapa dalam kejadian yang berlaku pada petang Ahad.

Menurutnya, ketika kejadian, wanita itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang anak perempuannya.

“Saya telah melakukan tinjauan bersama wakil MBPP untuk mengenal pasti pokok yang membahayakan pengguna jalan raya khususnya di tepi jalan untuk ditebang.

“Sebagai langkah keselamatan selain tidak mahu insiden yang sama berulang lagi, kita mengambil keputusan untuk menebang pokok kelapa di tepi jalan yang dikatakan berisiko kepada pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian inslden berkenaan pada Isnin.

Kerja-kerja menebang pokok kelapa yang membahayakan pengguna di Jalan Teluk Kumbar sedang dilakukan.

Azrul berkata, sebanyak 11 pokok kelapa dikenal pasti dari Jalan Teluk Kumbar hingga Sungai Batu dan ia membabitkan kawasan MBPP serta tanah milik persendirian.

Katanya, proses penebangan 11 pokok kelapa itu dilakukan MBPP bermula jam 2 petang Isnin.

Pada Ahad, tular satu rakaman video berdurasi 28 saat yang menunjukkan sebiji buah kelapa menimpa pembonceng motosikal yang melalui Jalan Teluk Kumbar di sini.

Sumber : SH

Susulan, Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang pembonceng wanita yang terjatuh sebelum tergolek dari sebuah motosikal berikutan sebiji kelapa jatuh menghempapnya.

Video tersebut bagaimanapun meraih perhatian daripada netizen yang risau akan keadaannya ketika itu.

Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan mngsa dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Mngsa dikenali sebagai Anita Yahaya berusia 59 tahun dipercayai mengalami kecderaan retak pada tulang rusuk dan bahu kiri.

Ujar abang kepada mngsa, Shaari Yahaya, 60, adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor.

Dia masih boleh bercakap dan kini berada di wad Hospital Pulau Pinang.

Ketika kejadian tersebut berlaku, mangsa sedang membonceng motosikal bersama anak perempuannya dari Titi Teras ke rumah mereka di Teluk Kumbar.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.