‘Jalan Cerita Drama Ini Membuatkan Saya Tertekan’ Amelia Henderson Terkejvt

Giliran pelakon Amelia Henderson menegakkan kebenaran selepas aktor Idris Khan bersuara mengenai dakwaan melangg4r penjanjian k0ntrak penggambaran drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ yang dibuat oleh penerbit terkenal, Datuk A Aida.

Menurut Amelia, dia berasa terkejut sejurus mengetahui tentang sidang media yang telah diadakan pada Jumaat lalu. Kata aktres berumur 27 tahun ini, perkara terbabit tidak perlu dihebahkan kepada media dan orang awam kerana boleh diselesaikan secara baik.

 

Tanpa prejudis saya ingin katakan segala tuduhan adalah tidak berasas dan tidak benar. Saya terkejut dengan sidang media yang dijalankan sebelum ini dan dapat tahu tentang perkara tersebut melalui sosial media.

Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media dan orang awam. Saya faham kontrak tersebut, tetapi saya tidak melanggarnya.
Pemilik nama Amelia Thripura Henderson mendakwa dia belum menerima skrip penuh drama tersebut serta tarikh penggambaran juga tidak diketahui selepas dia menandatangani kontrak pada Februri lalu.

Kami tanda tangan kontrak pada Februari dan mengikut nota saya penggambaran bermula pada 20 Mei hinggan 17 Ogos.

Namun ketika menandatangani kontrak, belum ada skrip penuh atau tarikh yang pasti bila penggambaran akan dimulakan. Tak boleh terima jalan cerita.

Dalam pada itu, pelakon drama Kisah Cinta Kita juga mendakwa skrip yang diterima pada Mei lalu tidak sama seperti dibincangkan pada awal pertemuan.

Dakwanya lagi, jalan cerita drama tersebut membuatkan dia berasa tertekan dan risau kerana bertentangan dengan prinsip diri.

Saya diberitahu watak yang dipegang adalah tentang wanita yang kuat namun apabila terima skrip ia adalah sebaliknya. Jalan cerita drama ini membuatkan saya tertekan dan risau.

Sebagai pelakon saya ada tanggungjawab untuk memberi contoh baik kepada penonton. Namun apabila membaca skrip ia bertentangan dengan prinsip saya dan saya tidak boleh terima.

Lebih teruk lagi ia tidak sama seperti digambarkan awal dahulu. Keutamaan saya adalah penonton.
Sebelum ini, A Aida mendakwa Idris dan Amelia telah menarik diri di saat akhir dengan alasan yang tidak munasabah justeru tindakan saman terpaksa diteruskan.

Dakwanya lagi, dua pelakon tersebut sudah menandatangani kontrak dan menerima bayaran pendahuluan sebanyak lima peratus.

Sumber : ohbulan

Gara-gara tindakan Amelia Henderson dan Iris Khan yang menarik diri saat akhir daripada penggambaran sebuah projek, Dato A. Aida nekad memfailkan sam4n kepada mereka berdua.

Segala kontrak berkaitan job terbabit sudah pun
dipersetujui beberapa bulan lebih awal, pastinya apa yang berlaku cukup menyusahkan pelbagai pihak.

Saya sangat terkilan & betul-betul geram 2 pelakon ni menarik diri Jika maklumkan seminggu awal, Dato A. Aida akui mungkin ia masih boleh diterima lagi.

Akan tetapi, keputusan Amelia dan Iris Khan yang menarik diri pada malam sebelum shooting keesokan harinya disifatkan sebagai sangat tidak profesional.

Tambahan pula, proses pencarian pelakon utama selalunya mengambil masa sekitar 3-5 bulan.

Sam4n terbabit diharapkan bakal memberikan pengajaran supaya artis-artis tidak sesuka hati “mer0sakkan kontrak yang sudah dipersetujui.

Dia siapa saya nak call dia? Saya bagi dia job non stop.Idris Khan dulu mula-mula berlakon, Fattah Amin bawa dia ‘kayu’ Selepas mendapati Amelia Henderson bertindak menarik diri kerana mempunyai masalah dengan naskhah skrip, tanpa diduga Idris Khan kemudiannya turut membuat keputusan
sama.

Jelas Dato A. Aida, 5% bayaran sudah pun dibuat sejak 5 bulan lepas. Kerana itulah apa yang terjadi ini cukup membuatnya terasa, apalagi kedua-duanya dahulu berpeluang masuk ke dalam industri dan meraih populariti hasil “asuhan’ production beliau.

“Saya hilang kata-kata… kita dah tandatangan kontrak lama, mereka dah ambil bayaran lima
peratus. Paling saya tersentak apabila Iris beritahu dia terima tawaran drama ni sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama. Mengarut, sangat tak profesional.

Batal saat akhir akan menyusahkan ramai pihak.…Semua artis tak free, jadi kita cubalah bakat baru Slain itu, beliau juga merasa terkejut apabila Amelia Henderson bersikap sebegitu kerana pengalamannya kerja bersama di projek sebelum ini memang sangat baik.

Berkenaan usaha mencari pelakon pengganti pula,
Dato A Aida meletakkan kepercayaan kepada 2 bakat baru memandangkan artis-artis lain yang cuba ditawarkan sudah mempunyai job lain.

Susulan tindakan kedua pelakon itu menarik diri, Aida berkata dia terpaksa menanggung kerudian besar. Ujarnya, sepatutnya penggambaran dijalankan paa 16 Jun lalu, namun keduanya menarik diri pada malam 15 Jun.

“Nak pujuk itu tidaklah, ‘no way’. Banyak kali pengarah, Riza telefon tapi tak angkat. Jadi kami anggap memang mereka tak mahu.

“Ketika sesi bacaan skrip, mereka datang. Dah terangkan mengenai watak. Lagipun, kita dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar semuanya, beratus ribulah. Ini RM1 juta punya projek,” katanya.

Dalam pada itu, Aida turut kecewa kerana dia yang menaikkan nama Amelia dan Idris namun tidak sangka ini balasan diterimanya.

“Nama Amelia meletup sebab drama saya iaitu Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya.

Daripada kayu, seorang model, tak pernah berlakon, dengan AAP lah berlakon lepas satu, satu. Saya tak sangka dia berperangai macam ni, sangat tak profesional,” katanya.

Video :

Sumber : pnews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.