“Lelaki pelawak ni romantis” Fad Bocey Tayang Kompilasi Wajah Isteri, Bikin Netlzen Rasa ‘Bersemut’

Interaksi manis pelawak, pelakon dan penyampai radio, Fad Bocey bersama isterinya, Syaheera Rahman di media sosial sering mencurl tumpuan ramai warganet.

Kongsi Kompilasi Wajah Isteri. Menjengah ke Instagram penyampai radio popular ini, Fad memuatnaik video kompilasi gambar wajah isterinya sambil menulis coretan ringkas di media sosial.

“Mummy @syaheeraarahman, sweet tak daddy???? #tengoksampaihabis” coretnya.

Melihat video yang dikongsikan Fad, isterinya iaitu Syaheera meninggalkan komen diruang balas sebagai respon terhadap muatnaik tersebut.

“Dia ni, aku tak tahu lah pasepa kurang ajaq sangat hari ni (emoji mata)” komen Syaheera.

Netizen Suka Lihat Kemesraan Fad Dan Isteri
Murai MY menjengah keruangan komen muatnaik ini, dan mendapati ramai warganet yang memuji interaksi manis Fad bersama isterinya. Rata-rata mereka mendoakan agar kebahagian pasangan suami isteri ini berkekalan dan ada juga yang memuji Fad dan Syaheera.

“Hahaha nasib lawa semua. Kalau tak tidur luar lah Fad”
“Depan dah sweet dah, sekali belakang macam har*m”

“Ya ampun kelakarlah, pagi-pagi dah ketawa.. Ada je Fad ni”

“Bang, stand by toto tidur luar malam ni” komen warganet.

Sekadar info, Fad dan Syaheera diijabkabulkan pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishal dan anak lelaki bongsu Ibrahim Jibriel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Sumber : murai

Melakar satu lagi kejayaan selain memfokus dalam memberi khidmat untuk masyarakat, pelakon, pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey, membuka sebuah klinik kesihatan sendiri tidak lama lagi.

Bakal merealisasikan hasrat itu bersama isterinya, Syaheera Rahman, Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 31, memaklumkan klinik itu akan dibuka di Publika di ibu kota.

“Alhamdulillah isteri dan saya akan mempunyai klinik kami sendiri dimana ia akan diterajui oleh isteri dan saya sebagai penyokong Megaklinik Zahran. Sekarang klinik itu masih lagi dalam proses renovasi.

“Insyallah dalam bulan 5 atau 6 akan dibuka dan beroperasi. Saya merupakan selebriti kedua yang buka klinik ini selepas Fitri Haris,”katanya.

Selain itu, Fad menyifatkan perancangan itu sebagai rezeki buat anak-anak selain merupakan cetusan idea daripada isterinya sendiri.

“Keinginan serta sikap isteri yang gemar berkongsi pandangan dengan orang ramai membuatkan idea ini terhasil. Baik dari segi pelbagai isu sehingga tips untuk mendapatkan anak kembar, segalanya akan dikongsikan oleh isteri yang tercinta.

“Kami mula kenal masa ujian RTK Covid dan mereka sangat membantu. Masa itu kami kongsikan kepada orang ramai yang mereka ini boleh datang ke rumah untuk buat ujian calitan dan mereka adalah yang pertama buat secara pandu lalu.

“Isteri saya dan pemilik Megaklink Zahran pula sering berkongsi pendapat dan turut berkongsi tips. Kebetulan pula, dia memang nak ada klinik sendiri dan suka berjumpa dengan orang ramai untuk bertukar pendapat,”katanya.

Bergelar sebagai bapa kepada empat orang cahaya mata yang masih kecil, Fad menegaskan dia dan isteri sentiasa mengutamakan mereka dalam setiap aspek.

Memandangkan dia sering terlibat dengan komitmen kerja di pelbagai kawasan, Fad terlebih dahulu mengambil langkah pencegahan sebelum bertemu dengan anak-anak.

“Isteri bukan paranoid tetapi dia sangat menekankan soal keselamatan dan kesihatan. Macam saya selalu kerja diluar, dia akan melarang saya untuk terus masuk ke rumah dan kena mandi dahulu.

“Malah kalau ada kawan-kawan dia yang datang pun, dia akan meminta maaf dan menegur mereka untuk tidak memegang anak-anak kami yang masih kecil memandangkan mereka dari kawasan luar.

“Kalau balik, saya tidak akan jumpa anak-anak terus. Saya akan hubungi isteri cakap saya dah sampai dan dia akan segera bawa anak-anak pergi ke bilik lain dahulu. Jadi saya akan masuk, mandi dan baru bertemu mereka,”katanya

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.