Ruhainies Manja, Mesra Dengan ‘Pasangan’ Lelaki Hanya Sbb Kerja

Pelakon cantik Ruhainies mengakui selesa berkelakuan manja dan mesra bersama mana-mana aktor lelaki yang bergandingan dengannya dalam menjayakan sesebuah naskhah.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilya berkata, penting baginya untuk mewujudkan keserasian selain memudahkan kerjasama antara pelakon tanpa ada rasa canggung.

“Kalau di lokasi penggambaran, saya bukan hanya rapat dan manja dengan pelakon lelaki atau hero sahaja, tetapi mesra juga dengan semua pelakon lain termasuk kru produksi.

“Tiada istilah gedik atau dibuat-buat. Apa yang ditunjukkan, itulah diri saya yang sebenar. Itulah sifat saya.

“Mereka yang pernah bekerja dengan saya pasti tahu perangai saya yang satu tu (manja). Bagi saya, tiap kali datang ke lokasi penggambaran, mood kena ada, barulah orang lain pun happy (gembira) juga,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, selain mencipta keserasian bersama, dia juga tidak mahu mana-mana individu di set penggambaran takut, segan atau kekok dengannya.

“Saya memang nak orang mudah rasa selesa dan tak malu dengan saya.

“Tak mahulah orang rasa janggal atau takut-takut dengan kita. Kalau boleh saya tak nak situasi sebegitu terjadi ketika bekerja,” ujarnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan netizen mengenai gosipnya bersama pelakon Zul Ariffin berikutan hubungan mesra yang dipaparkan dalam media sosial.

Sebelum ini, adik kepada pelakon Risteena Munim itu juga kerap berkongsi kisah cintanya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E dalam media sosial hingga mengundang persoalan dan cakap-cakap netizen.

Namun, sejak kebelakangan ini, dia jarang sekali berkongsi perihal mengenai kekasihnya itu sekali gus mengundang persoalan, adakah hubungan mereka sedang berantakan atau telah menemui titik noktah.

Ruhainies dalam satu kenyataan sebelum ini juga mengakui sedang bahagia menyulam cinta dengan jejaka itu dan ada merancang untuk ke fasa perkahwinan tetapi bukanlah dalam waktu terdekat.

Dia juga serik dikcam akibat kisah cinta, bimbang kerjayanya dipandang sebelah mata.

Sumber : Kosmo

Sebagai rakan selebriti yang rapat, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia mendapat pengajaran daripada isu berkenaan.

“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen Iebih-Iebih. Sebab bimbang nanti is akan disalahertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.

“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.

“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.

Pada Isnin, Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas teruk dikcam gara-gara membangkitkan kemrahan ramai dengan klip aksi panas.

Zul, 35, berkata, dia akan Iebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

Dalam pada itu, Ruhainies beranggapan bahawa tidak adil sekiranya hanya menuding kesilapan kepada satu pihak saja.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.