“Jauhnya cerita betul dengan media” Akhlrnya Sharnaaz buka cerita sebenar yang masa kejadian

Bagaikan lega apabila telah dibebaskan daripada tahanan reman poIis, pelakon, Sharnaaz Ahmad, 37, dilihat gembira bertemu sahabat baiknya, pelakon, Syukri Yahya, yang datang melawat di kediamannya semalam.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagramnya, pelakon tersebut dilihat berjabat tangan dengan Syukri yang tersenyum memandang kamera sambil di tangan Sharnaaz memegang sebotol minyak masak.

Berdasarkan keterangan gambar tersebut, Sharnaaz berkongsi perasaannya bersama peminat dan pengikut di platform media sosial itu.

“I’m back! (saya dah kembali) Dugaan jadi pembakar semangat. Ini semua minyak masak punya hal lah ini…
“Terima kasih sahabatku datang melawat. Abang baru balik dari ‘holishit outstation’,”katanya.

Perkongsian tersebut juga telah meraih komen-komen daripada rakan artis termasuk Syukri sendiri yang menyahut kata-kata Sharnaaz dengan jenaka.

“Cuti sudah habiskah bro?”cuit Syukri.

Selain itu, turut kelihatan meninggalkan komen ialah pengarah dan pelakon kontr0versi, Syamsul Yusof.

 

“Hampa syempoi lah mat,”katanya sebelum dibalas oleh Sharnaaz yang sempat melayangkan ucapan tahniah kepada Syamsul atas penghasilan filem Mat Kilau yang telah menemui penonton di pawagam baru-baru ini.

Terdahulu, Sharnaaz dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin selepas tiga hari direman susulan kes pukul di sebuah kondominium di Segambut pada Khamis lalu.

Sharnaaz dalam kenyataannya kepada media menegaskan dia tidak sesekali akan melakukan tindakan bodoh yang boleh menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.

Ketika diminta mengulas lanjut tentang kejadian tersebut, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu bagaimanapun enggan memberikan banyak respons memandangkan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506.

Dalam pada itu, menurut sumber, satu sidang media akan diadakan oleh Sharnaaz dalam masa terdekat namun belum ada butiran terperinci mengenainya.

Sumber : Utusan

Baru-baru ini, kecoh dengan k0ntr0versi pelakon terkenal menumbvk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut pada Sabtu.

Hari ini, Sharnaaz Ahmad tampil memberi penjelasan mengenai isu panas itu selepas tiga hari ditahan reman. Kata aktor berumur 37 tahun, dia tidak boleh mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Namun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad akan menceritakan perkara sebenar ketika sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Saya tak boleh cerita banyak sebab masih dalam siasatan. Apa yang digembar-gemburkan itu, hati-hati sebab masih dalam siasatan.

Tegas pelakon drama I Promise Janji Anaqi, dia tidak akan sesekali melakukan perkara bodoh yang boleh menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.

Saya tak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi yang Sharnaaz panas baran, tunggu. Harap bersabar ya.
Dalam pada itu, bapa kepada Jebat Jayden Ahmad ini akan membuktikan dirinya tidak bersalah kepada orang ramai.

Teruskan sebab saya yakin saya tak bersalah. Saya akan buktikan ada kebaikan yang ada saya buat, yang tidak diceritakan tetapi akan diceritakan di mahkamah nanti.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.