[VIDEO] Gadis Filipina menangis ditemani ahli keluarga ketika pelukk Islam, tak lama kemudian adik ikut jejak langkah

BERTUKAR agama bukanlah satu keputusan mudah untuk dilakukan.

Bagaimanapun, keterujaan untuk melakukan peghijrahan ini telah lama dirasai dirasai Taaliah Hajra Camilo, 20, yang akhirnya memeluk Islam pada 16 November 2021.

Video kisah penuh inspirasi gadis dari Filipina itu meraih hampir 3 juta tontonan di TikTok dan turut tular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketika dihubugi mStar, dia yang senang disapa Taaliah memperincikan semula perjalanannya dalam mengenal agama Islam sehingga melafazkan dua kalimah syahadah.

“Waktu masih kecil, ibu bapa hantar saya ke Seventh Day Adventist School (SDA). Saya masih muda waktu tu tapi saya sedar dengan kepercayaan bahawa kita hanya ada satu Tuhan. Jadi apabila semakin dewasa, saya tetap teguh dengan kepercayaan itu walaupun tinggal di bandar yang dipengaruhi oleh agama Kristian.

“Pernah satu malam tu, saya termenung tengok bintang dan bulan, saya sedar bahawa saya terlalu terikat dengan dunia ini dan hidup berdasarkan apa yang saya percaya. Saya tanya pada diri sendiri, macam mana wujudnya rasa cinta tapi hati tak gembira? Tak lama lepas tu saya dapat jawapan bahawa saya rindu rasa cinta dari Allah.

“Hati saya mula terjentik masa bulan Ramadan 2021 jadi saya cuba amalkan cara hidup orang Islam seperti berpuasa. Dengan izin Allah, pada 16 November 2021 saya mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Aleem Muhammad Said M. Tungcaling di Mindanao State University, Marawi City di Filipina.

“Saya rasa lebih selamat dan dihormati bila berhijab. Ketika pertama kali mengucapkan kalimah syahadah saya menangis sebab ada satu perasan bercampur baur tak boleh diungkapkan,” jelasnya.

Ketika mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah itu, dia ditemani ahli keluarga yang membantu dirinya dalam urusan untuk bertukar agama.

Mereka kemudiannya memberikan Taaliah sehelai tudung untuk dipakai pada ketika itu dan dia menurutinya.

Gadis ini telah memeluk Islam pada 16 November 2021.

Bagaimanapun, menurut Taaliah, hidup bersama sebuah keluarga yang bukan Islam agak sukar pada mulanya tetapi dia bersyukur apabila mereka faham dan menghormati keputusannya.

“Permulaan saya mengenal Islam tidak dipengaruhi sesiapa. Perjalanan ini hanya saya yang tahu. Sebelum saya bertukar agama, ibu bapa sedar yang saya mempunyai kepercayaan berbeza tapi mereka sangat menghormati dan tidak pernah marah atau tidak bersetuju dengan keputusan saya.

“Pada awalnya, tinggal di bawah satu bumbung dengan keluarga bukan Islam agak sukar. Tetapi mereka faham tentang saya jadi sebarang makanan haram tidak dibenarkan berada dalam rumah kami.

“Sesetengah kawan muslim saya beritahu bulan puasa adalah bulan yang agak mencabar. Saya cuba belajar berpuasa sebagai orang Islam tahun ni. Tapi saya tak raikan Hari Raya seperti umat Islam lain cuma tunaikan solat pagi tu saja dengan kawan di bandar. Siapa sangka, tak lama lepas tu saya dapat pengaruh adik pula untuk peluk Islam selepas dia tertarik dengan apa yang saya buat,” katanya.

Taaliah (kiri) bersama adiknya.

Bagaimanapun, cabaran tetap ada apabila dia hidup di negara bukan Islam dan menganuti agama minoriti.

Namun, perkara tersebut bukanlah penghalang buat Taaliah untuk berbangga dengan agama Islam yang menjadi pegangannya kini.

“Bila kita memakai pakaian kelihatan bersederhana dan menutup aurat sebagai lambang orang Islam, manusia di sekeliling akan mula memandang dengan pandangan pelik.

“Kerana di Filipina, ramai orang kurang pengetahuan tentang Islam. Mereka anggap bahawa apabila anda masuk Islam, anda adalah golongan ‘muslim palsu’ di mana kepercayaan ni cuma wujud apabila anda tergolong dalam mana-mana suku kaum saja..

Sekarang pun, saya bukanlah seorang muslimah yang ‘sempurna’ tetapi saya tidak pernah berputus asa dengan agama saya untuk terus belajar. Saya tinggal di bandar di mana tak semua faham Islam dan memandang Islam sebagai pengg4nas.

TAALIAH HAJRAH CAMILO

“Saya sedang berdepan isu di mana saya ingin memperjuangkan hak semua orang muslim di bawah NCMF (Suruhjaya Kebangsaan Muslim- Filipino) yang membantu dan menyokong saya dalam isu ini dan semua masyarakat Islam,” katanya lagi.

Berikutan perkongsian di TikTok, rata-rata netizen dari Malaysia kagum melihat gadis ini yang terbuka hati memeluk Islam.

Berkenaan video kisah penghijrahannya di TikTok, Taaliah mengakui tersentuh apabila dia dihujani doa netizen dari pelbagai negara, termasuklah Malaysia.

KOMEN NETIZEN:

“Sekarang pun, saya bukanlah seorang muslimah yang ‘sempurna’ tetapi saya tidak pernah berputus asa dengan agama saya untuk terus belajar. Saya tinggal di bandar di mana tak semua faham Islam dan memandang Islam sebagai pengg4nas.

Walaupun pelbagai dugaan ditempuhi, Taaliah tetap berpegang teguh dengan kepercayaan terhadap Allah.

“Menjadi seorang yang bertukar agama ini adalah sukar kerana ia adalah sebuah pengorbanan. Jika berpegang pada prinsip, iman dan amal anda… kemungkinan anda akan disisihkan dari masyarakat. Lebih buruk anda akan rasa dianiaya dan akan kehilangan orang yang anda sayangi.

“Saya menggunakan platform media sosial untuk membuka mata warga maya bahawa Islam adalah agama yang tenang dan aman. Kehidupan di dunia ini akan menjadi lebih baik apabila kita menghargai kewujudan dan kepentingan orang lain serta saling menghormati kehidupan seharian serta amalan tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan, kedudukan sosial dan sebagainya,” ujar Taaliah menutupi kisahnya. credit TTK

About admin

Check Also

“Saya Dimaklumkan Syamsul Memang Mahukan Saya..” Ramai Setuju Elly Suriaty Pilihan Syamsul Yang Tepat

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif …

Leave a Reply

Your email address will not be published.